Siapa Kami

Tentang Kami

Pengalaman Umrah dan Haji bertaraf antarabangsa dengan RSA Travel & Tours.

Pengenalan

Pengalaman Umrah & Haji Bertaraf Antarabangsa

RSA Travel ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu pelanggan merancang dan melaksanakan perjalanan dengan lebih teratur, selesa dan dipercayai.

Bermula daripada perjalanan ibadah sehingga percutian, kami komited menyediakan perkhidmatan yang diurus secara profesional dan penuh tanggungjawab. Kami percaya bahawa setiap perjalanan membawa makna yang tersendiri. Oleh itu, setiap urusan di RSA Travel dilaksanakan dengan teliti, berlandaskan nilai amanah, kejujuran dan keprihatinan terhadap keperluan pelanggan, agar setiap perjalanan menjadi pengalaman yang lancar dan bermakna.

  • No. Pendaftaran SSM1633794-U
  • No. Lesen MOTACKP/LN 12738
  • No. Lesen IATA28334740
Jemaah Umrah bersama RSA Travel & Tours
Misi dan Visi Keutamaan Kami

Visi & Misi

Visi

  • Menjadi satu syarikat pengendali Umrah, Haji dan Pelancongan yang bertaraf antarabangsa
  • Menjadi tempat pertama sebagai "Travel Agency" yang paling dipercayai di Malaysia dan antarabangsa
  • Menjadi satu syarikat pelancongan yang bersistem profesional dan korporat

Misi

  • Memberi pengalaman bimbingan Haji dan Umrah yang terbaik serta mengikut sunnah Nabi SAW
  • Menitikberatkan ziarah Nabi SAW dengan penuh kecintaan
  • Mementingkan penyampaian ilmu dan kerohanian yang maksimum
  • Menawarkan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa dan profesional
  • Pakej yang ditawarkan berpatutan dan sesuai dengan kehendak pelanggan
  • Memberikan pengembaraan pelancongan yang mendekatkan diri pada Allah SWT
Latar Belakang

Sejarah Syarikat

RSA Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah agensi pelancongan dan ibadah berdaftar di Malaysia yang berdedikasi membantu pelanggan merancang dan melaksanakan perjalanan dengan penuh makna, selesa dan tenang.

Kami percaya setiap perjalanan bukan sekadar tempat yang dilawati, tetapi satu pengalaman yang memberi impak rohani dan emosional kepada setiap individu.

Didokong oleh nilai amanah, ikhlas dan profesionalisme, RSA Travel & Tours komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi — khususnya dalam pengurusan Umrah, Haji dan pelancongan Islamik. Pasukan kami bukan hanya profesional dalam bidang pelancongan, tetapi juga memahami nilai spiritual yang tersemat dalam setiap perjalanan ibadah.

Dengan pengalaman dalam urusan operasi Umrah dan Haji, kami sentiasa memastikan setiap jemaah menerima bimbingan rapi dari awal hingga akhir termasuk taklimat pra berlepas, urusan visa, bantuan di lapangan serta sokongan sepanjang berada di Tanah Suci. Pakej kami direka untuk pelbagai keperluan dan bajet, daripada pilihan ekonomi hingga eksklusif, agar setiap jemaah dapat menikmati perjalanan yang tertib, selesa dan bermakna.

Selain itu, RSA Travel & Tours turut menawarkan lawatan warisan Islam dan pelancongan antarabangsa, membuka peluang kepada pelanggan untuk meneroka destinasi seperti Turki, Jordan, Mesir, Andalusia dan lebih banyak lagi dengan pengalaman yang teratur dan menyenangkan.

Syarikat ini telah berjaya mengendalikan ribuan jemaah dari Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, China dan Filipina.

Nilai Kami

Nilai dan Prinsip Pegangan Kami

Amanah

Menjaga kepercayaan pelanggan dalam setiap tanggungjawab.

Keikhlasan

Berkhidmat dengan niat yang baik dan jujur.

Profesionalisme

Pengurusan yang teratur, jelas dan beretika.

Keprihatinan

Memahami keperluan dan kebimbangan pelanggan.

Komitmen

Memastikan setiap perjalanan diurus dengan sebaiknya.

Rakan & Akreditasi

Berdaftar & Dipercayai

Berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan IATA, serta bekerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa.

Rakan penerbangan dan akreditasi RSA Travel & Tours: Malaysia Airlines, AirAsia, Emirates, Qatar Airways, Etihad, Saudia, Air Arabia, IATA, Bumitra, Tourism Malaysia, MOTAC dan lesen khas Umrah
Kelebihan Kami

Kenapa Anda Perlu Memilih Kami?

Mutawwif Profesional & Berilmu

Kami memilih mutawwif dengan sangat teliti — mereka bukan sahaja berpengalaman tetapi juga berilmu dan profesional dalam membimbing jemaah sepanjang ibadah umrah.

Pakej Lengkap & Selesa

Pakej kami direka khas dengan keselesaan maksimum, menawarkan pilihan hotel yang strategik, pengangkutan yang selesa, serta hidangan berkualiti untuk pengalaman umrah yang terbaik.

Layanan VIP Tanpa Mengira Pakej

Tidak kira pakej mana yang anda pilih, layanan kami adalah bertaraf 5 bintang — setiap jemaah diberikan perhatian penuh, dengan perkhidmatan yang mesra dan eksklusif.

Syarikat Dipercayai & Reputasi Cemerlang

Kami mempunyai 100% rekod penerbangan jemaah tanpa sebarang kes penipuan. Kepercayaan jemaah adalah keutamaan kami.

Harga Berbaloi, Servis Terbaik

Dengan ribuan review positif, jemaah mengakui bahawa harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan perkhidmatan dan kemudahan yang mereka terima.

Mari Rancang Perjalanan Anda

Pasukan RSA Travel sentiasa bersedia membantu anda merancang perjalanan dengan lebih jelas dan teratur.

WhatsApp Sekarang