Maklumat Terperinci
Pakej eksklusif kumpulan kecil yang direka untuk keluarga dan pasangan menikmati keindahan dan ketenangan Jepun. Sertailah Pakej Ziarah Jepun bersama kami dan dapatkan pengalaman terbaik dengan penginapan yang selesa di hotel pilihan.
Lokasi lawatan: Tokyo – Fuji
Destinasi Lawatan
Akihabara
Chidorigafuchi
Ueno Park
Imperial Palace
Gunung Fuji
Pakej Termasuk
Termasuk
- Tiket penerbangan eksklusif @ setaraf
- Visa pelancong & dokumentasi
- Penginapan di Jepun
- Pengangkutan bas selesa & berhawa dingin
- Pakej makanan fullboard (3x makan sehari)
- Insurans berkelompok
- Tour leader berpengalaman & profesional
Harga Khas
Harga Cuti Sekolah
- Semi peak 12 – 20 September: tambah RM500 dari harga pakej
- Peak season 19 Disember – 17 Februari: tambah RM1,000 dari harga pakej
- Tiada pakej yang dijual pada bulan Ramadan
Harga Kanak-Kanak
- Kanak-kanak berkatil (6 – 11 tahun): diskaun RM200 dari harga pakej
- Kanak-kanak tanpa katil (2 – 5 tahun): diskaun RM1,000 dari harga pakej
- Bayi (infant) 1 hingga 24 bulan: hanya RM2,500
Deposit, Terma & Syarat
Wang Pendahuluan (Deposit)
- Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM1,000.00 bagi setiap orang dan mesti dibayar sebagai fi penempahan. Deposit boleh dibayar secara penuh sewaktu mendaftar, atau melalui kaedah berikut:
- RM300.00 dibayar sewaktu mendaftar bagi langganan pakej umrah dan ziarah.
- RM700.00 dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pembayaran pertama.
- Baki pembayaran (bayaran penuh) hendaklah dijelaskan dalam masa 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Kegagalan mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan dan perlucutan deposit.
- Akaun deposit: CIMB Bank — 8606191150
Terma & Syarat
- Setiap pengembara perseorangan (free independent traveller [FIT]) dan/atau pengembara berkumpulan yang ingin melanggan pakej umrah dan ziarah (Pelanggan) adalah dinasihatkan supaya membaca Terma dan Syarat Pakej Umrah & Ziarah dengan teliti sebelum bersetuju untuk melanggan pakej yang ditawarkan oleh Syarikat.
- Sebaik sahaja Pelanggan membayar wang pendahuluan (deposit) dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggan pakej umrah & ziarah yang ditawarkan Syarikat, Pelanggan telah terikat melalui kontrak dengan Syarikat dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat.
- Tarikh pelepasan, syarikat penerbangan, hotel penginapan, aturcara perjalanan dan harga pakej tertakluk kepada pindaan semasa tanpa notis.