Maklumat Terperinci
Sertailah Pakej Ziarah Turkiye bersama kami. Dapatkan pengalaman terbaik dengan penginapan yang selesa di hotel pilihan semasa menjalani ziarah di Negara Turkiye. Tempat terhad — kenangan yang kekal selamanya.
Lokasi lawatan: Istanbul – Ankara – Cappadocia – Konya – Pamukkale – Bursa
Destinasi Lawatan
Istanbul
Ankara
Cappadocia
Konya
Pamukkale
Bursa
Pakej Termasuk
Termasuk
- Tiket penerbangan eksklusif @ setaraf
- Visa pelancong & dokumentasi
- Penginapan hotel 4 – 5 bintang di Turkiye
- Pengangkutan bas selesa & berhawa dingin
- Pakej makanan fullboard (3x makan sehari)
- Insurans berkelompok
- Tour leader berpengalaman & profesional
Tarikh Penerbangan 2026
Hubungi kami melalui WhatsApp untuk tarikh pelepasan terkini.
Harga Khas
Harga Cuti Sekolah
- Semi peak 12 – 20 September: tambah RM500 dari harga pakej
- Peak season 19 Disember – 17 Februari: tambah RM1,000 dari harga pakej
- Tiada pakej yang dijual pada bulan Ramadan
Harga Kanak-Kanak
- Kanak-kanak berkatil (6 – 11 tahun): diskaun RM200 dari harga pakej
- Kanak-kanak tanpa katil (2 – 5 tahun): diskaun RM1,000 dari harga pakej
- Bayi (infant) 1 hingga 24 bulan: hanya RM2,500
Deposit, Terma & Syarat
Wang Pendahuluan (Deposit)
- Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM1,000.00 bagi setiap orang dan mesti dibayar sebagai fi penempahan. Deposit boleh dibayar secara penuh sewaktu mendaftar, atau melalui kaedah berikut:
- RM300.00 dibayar sewaktu mendaftar bagi langganan pakej umrah dan ziarah.
- RM700.00 dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pembayaran pertama.
- Baki pembayaran (bayaran penuh) hendaklah dijelaskan dalam masa 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Kegagalan mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan dan perlucutan deposit.
- Akaun deposit: CIMB Bank — 8606191150
Terma & Syarat
- Setiap pengembara perseorangan (free independent traveller [FIT]) dan/atau pengembara berkumpulan yang ingin melanggan pakej umrah dan ziarah (Pelanggan) adalah dinasihatkan supaya membaca Terma dan Syarat Pakej Umrah & Ziarah dengan teliti sebelum bersetuju untuk melanggan pakej yang ditawarkan oleh Syarikat.
- Sebaik sahaja Pelanggan membayar wang pendahuluan (deposit) dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggan pakej umrah & ziarah yang ditawarkan Syarikat, Pelanggan telah terikat melalui kontrak dengan Syarikat dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat.
- Tarikh pelepasan, syarikat penerbangan, hotel penginapan, aturcara perjalanan dan harga pakej tertakluk kepada pindaan semasa tanpa notis.